Rabu yang agak bosan. Sudah tidak tahu nak dibuat apa lagi. Mungkin sudah kekeringan idea. Mungkin juga sudah habis botol-botol agaknya sudah dikutip untuk mabuk-mabuk sempena majlis convocation nanti. Hahahahaha...
Tetiba-tiba datang idea untuk menjadi gardener. Tanpa berlingah mencapai segala peralatan bercucuk tanam. Laman rumah wa nmpk biasa-biasa sahaja. Bila melihat siaran River cottage wa mendapat idea untuk bercucuk tanam. Mula la aktiviti wa sebagai tukang kebun. Wa pernah becita-cita untuk menjadi tukang kebun. Jadi pada hari Rabu wa secara rasminya mencapai matlamat tersebut. Hahahahaha..
Wa obsess untuk menjadi berjaya seperti
Hugh Fernley Whittingstal. Berjaya mempengaruhi masyarakat untuk menanam sendiri bahan-bahan masakan mereka sendiri. Bukan pakar dalam agriculture ataupun penternakan tetapi dengan minat dia berjaya mewujudkan phenomena makanan secara selamat dah secara organik. Ijazah dalam bidang ekonomi, memang pandai la dalam bidang berniaga jadi telah menubuhkan
River Cottage Product. Selain itu mewujudkan pendapatan sampingan dengan menjual lebihan hasil tanaman kepada penduduk sub urban di wilayah Dorset dan juga sub-sub bandar di England..
Memang sesuai dengan wa yang sekarang di dalam kategori menanggur separa tegar. Hohoho.. Wa mulakan la kerja bercucuk tanam di halaman rumah dahulu. Walaupun wa ni tiada la pakar dalam pertanian, kan ada internet. Hahahahah.. Click-click for the info. Pada siapa Yang selalu mengadu bosan kat wall facebook mari-mari sertailah aktiviti yang menyihatkan ini.