"A penny for my thoughts, oh no I’ll sell them for a dollar
There worth so much more after I’m a goner
And maybe then you’ll here the words I been singin’
Funny when your dead how people start listenin’"
Ini sebahagian daripada lirik bait lagu when i die young nyayian Band Perry.
Bait-bait lagu yang membawa maksud yang mendalam.
Sudah menjadi kelaziman bila kita tidak menghargai benda yg berada didepan mata.
Tetapi bila kita kehilangan benda atau orang tersayang baru lah kiter akan menyesal dan menghargai jasa-jasa mereka.
Memang lucu bila kita hanya akan menghargai kata-kata orang lain terutama yang tersayang bila mereka tiada lagi.
Seperti sudah menjadi lumrah manusia, yang mereka ini memang mudah lupa.
Jadi mengapakah perkara-perkara ini boleh terjadi.
Didapati ramai anak-anak remaja hari ini yang selalu sahaja mengabaikan amaran atau nasihat dari yang tua.
Terutama sekali pada anak-anak murid disekolah masa kini. Kelakuan mereka sungguh biadap.
Guru orang yg menberikan pendidikan kepada mereka selalu dicemuh.
Seperti guru-guru ini adik beradik mereka sahaja. Tidak kah mereka sedar bahawa guru itu umpama pelita yang akan menyuluh dan membantu memberikan panduan untk mereka berjaya dimasa hadapan. Selain itu ada juaga yang berani untuk melawan kata-kat ibu bapa mereka sendiri. Apalah hendak jadi dgn anak-anak remaja kita sekarang?
Mereka dengan angkuh tidak mendengar bahkan mengambil perhatian apabila orang tua berkata-kata.
Kejadian ini banyak berlaku. Kadang kala berlaku di depan mata.
Tetapi bila yang tua ni pergi ke alam fana baru lah mereka sedar yang kata-kata yang tua ni adalah amat berguna.
Jadi dengan kempen budi bahasa yang giat dijalankan sekarang marilah kita bersama-sama mengubah kelakuan kita. Janganlah bila orang tua kita sudah tiada barulah ingin terdengar-dengar kata-kata dari mereka. Tidak rugi jika berbudi bahasa dan hormat menghormati.
YANG TUA PERLULAH KITA HORMATI. YANG MUDA DISAYANGI.