Wednesday, October 27, 2010

PAUL MENINGGALKAN KITA


Paul the octopus. si kurita yang secara tiba-tiba menjadi terkenal semasa piala dunia 2008 telah mati kerana sudah mencapai umurnya. Paul mati pada pagi selasa. Paul yang berusia 2 setengah tahun mati di akuarium pamerannya di Life aquarium di Oberhausen terletak barat bandaraya Jerman.
Paul menjadi terkenal kerana tilikannya yang sungguh tepat mengenai setiap perlawanan pasukan Jerman. Mungkin ramai tidak mengetahui asal usul Paul. Paul ialah spesis Common Octopus (Octopus vulgaris) telah dilahirkan di Weymouth, England. Tetapi walaupun dilahirkan di England, Paul dibesarkan di Jerman. Spesis common octopus banyak terdapat di selatan pantai England dan juga di Lautan Mediterrenian. Spesis octopus ini adalah spesis haiwan moluska yang bijak diantara octopus lain. Mereka memakan udang-udang kecil seperti krustesia, ketam,kerangan, dan juga tiram. Di Jerman Paul dia letakkan di Life aquarium dimana ia menjadi tarikan kanak-kanak kecil untuk datang ke aquarium tersebut.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa sebelum paul menjadi terkenal pada tilikan piala dunia 2010, paul telah juga menilik pada EURO 2008. Tetapi dalam 6 perlawanan yang melibat kan Jerman hanya 2 tilikan yang tidak tepat. Iaitu jerman kalah kepada Crotia pada peringkat kumpulan dan juga kepada sepanyol pada perlawanan akhir. Mungkin pada masa itu Paul masih muda lagi. Jadi tilikan iya hanya 80% tepat. berbeza pada piala dunia 2010 dimana 100% tilikan Paul sungguh tepat iaitu pada usia matang.
Jadi dengan tiadanya Paul untuk menilik lagi pada EURO 2011 siapakah yang akan menggantikan Paul si sotong ini??? Kita nantikan kemunculan haiwan yang akan menggantikan tempat PAUL!!!!!

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger