Monday, November 8, 2010

Lets Be Creative Guys

Hello... hello.. hello...

Cuti weekend yang panjang sempena depavali membuatkan wa ader banyak masa melayan makhluk segi empat ni. Surfing-surfing bloger mcm biasalah wa terjumpa blog kreatif.
Blog ni memaparkan tentang rekaan kad-kad ucapan yang mana dibuat sendiri menggunakan kreativiti blogger terbabit.

Wa tahu sekarang ini mana ada lagi rakyat2 dunia ini hendak membuang masa mereka dengan membuat kad ucapan. Cara mudah hanya denagan menggunakan sms dan juga email. Dengan teknologi canggih kad ucapan telah dipinggirkan.



contoh kad ucapan unik

Wa masih ingat lagi masa dahulu kala sebelum kecanggihan teknologi, kad-kad ucapan hari raya memang ditunggu la oleh wa. Macam menjadi kepuasan bila terima banyak kad- kad ucapan dari kenalan dan juga taulan. Sehinggakan menjadi hiasan rumah ketika menyambut lebaran.

Jadi untuk membangkitkan semula nolstalgia lama Wa terjumpa blogger saudari Sazalina Zakaria yang kreatif membuat pelbagai kad ucapan dengan bentuk-bentuk yang menarik.
Apa salahnya jika kita meluangkan masa dengan membuat kad-kad ucapan istimewa kepada rakan dan insan tersayang dengan usaha kita sendiri. Secara tidak langsung menunjukkan sudut kreativiti dan imiginasi kita.

Jadi jika ada masa sila la check it out blog share your love with card. Ada pelbagai jenis kad ucapan yang boleh menjadi rujukan.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger